Rozif Rasid

Adoi...mana nak cari duit nih....blog dan facebook dah ada...tapi 1 sen pun tak dapat lagi....

Jumaat, Ogos 28, 2009

Dah puasa!!!!!

Sekarang dekat 1 minggu kita berpuasa.....jadi raya pun dalam tiga minggu lagi. Selamat hari raya!!!!

Ahad, Ogos 23, 2009

Aku dah balik semula ke Serdang, teruskan hidup. Untuk ke sekian kalinya. Tapi kadang2 aku boring jugak hidup macam ni, ye la, sampai bila nak kena terus kerja. Sampai mati??? Emm...aku nak jugak tido bangun tak payah fikir pasal kerja. Buat apa yang patut waktu pagi, bermanja dengan isteri ke, main dengan anak2 ke, atau apa2 jela yang orang bekerja tak boleh buat setiap hari.......okey la, selamat berpuasa kepada umat Islam...bye.....

Khamis, Ogos 20, 2009

Balik Kampung!!!!!

Aku balik kampung sat. Saja nak sambut hari pertama puasa. Hari Sabtu malam aku balik semula ke Serdang, pekan yang agak dan terlalu asing bagi aku. Walaupun dalam negeri Kedah, sosio-budaya agak sedikit berbeza dengan tempat aku di Pendang. Kamera aku ada kat adik aku, jadi tak dapat la aku nak tunjukkan kehidupan aku di Serdang......

Rabu, Ogos 19, 2009

Kehidupan Aku

Buat masa sekarang aku berada di sebuah tempat yang aku tak pernah fikirkan sebelum ini. Tapi dalam usaha aku untuk mencari sedikit sumber kewangan untuk aku meneruskan beberapa projek dan perancangan yang telah aku rancangkan sebelum ini, maka terpaksalah aku meneruskan hidup di sebuah pekan yang agak terpencil. Hiburan yang aku boleh dapat disini hanyalah cyber cafe!!! Harga makanan kat sini boleh la tahan. Biasala tempat terpencil. Hari ini 19 Ogos 2009 barulah aku mendapat tahu mengenai kewujudan cyber cafe disini.....ok, cau dulu. Aku nak layan game seround dua.... nanti akan aku publish picture tempat kat sini....bye......